Saturday 19 May 2012

Diari Sabtu - 1

Hari ini gua dah berazam nak makan fast food kfc. Mengidam semacam je padahal menunya sama je ayam goreng. Entah apa recipe dalam rempah ratus ayam itu tak tau le aku, tiap-tiap bulan mesti nak pekena kfc ye dak.

Kfc tempat gua duduk ni sebangunan dengan Carrefour. Jadi sebelum gua nak beli kfc, gua round-round la dulu dalam Carrefour. Saje nak jalan-jalan bakar kalori sikit alang-alang nak makan kfc yang kalori ribu-ribu tu.

Tersinggah pulak dekat gerai waffle yang di handle mamat bangla. Gua order le tanpa rasa bersalah. Ni nafsu makan kuat semacam.

Sambil tunggu waffle yang gua order siap, gua cuci mata dulu tengok awek-awek lalu lalang. Sekali ternampak makwe yang kerja satu office dengan gua. Dia senyum sambil lambai tangan, gua pun senyum le jugak. Pesen jejaka mesra alam gitu.

Dah habis sesi senyum-senyum dalam sesaat dua tu, makwe itu pusing badan heret bakul beroda sambung urusan membeli belah.

"Perghh!! "Sedak mata gua membesar tengok bumper makwe ni. Biasalah bahagaian belakang seorang makwe yang selalu jejaka macam gua ini perhatikan mestilah 'bumper'.

Anyway gua tak tengok makwe tu lama-lama. Waffle gua dah siap, pergi le singgah kfc pula. 

"Sir, eat here or takeaway?" Gadis kaunter kfc tanya gua.

"Takeaway." Gua speaking le dah makwe kfc tu speaking. Padahal dua-dua melayu.

"Order sir?"

"X meal, Zinger Burger."

"Spicy or original?"

"Spicy...ayam..saya nak bahagian breast." Gua kalau ayam ni mesti gua nak bahagian dada sebab banyak isi.
Tapi setiap kali sebut perkataan breast mesti gua fikir buah dada, pesen otak blue ni payah.

"Add on large cheesy wedges." Makan kfc tak order cheesy wedges tak berapa sah.

Berdiri le gua tunggu order siap. Sekali makwe kfc tanya lagi, " nak air apa?"

"Em....pepsi." Lama jugak gua fikir padahal memang pepsi pun yang ngam makan ngan kfc ni.

Lepas semua dah siap masuk plastik kfc, makwe kfc cakap,"RM17.70.

Gua bawak kuar dua keping not merah. Makwe kfc bagi duit baki, gua blah.

Masuk dalam kereta, gua duduk tempat pemandu, tangan kiri pegang plastik kfc nak letak dekat tempat letak kaki bahagian penumpang sebelah. Sekali gua punya tangan grip tak berapa nak kuat, terlepas plastik kfc.

Melimpah keluar air pepsi bersama kiub-kiub ais. Gua terkesima, terpegun sesaat dua. Sepuluh minit kemudian, gua mengadap laptop makan  burger zinger kfc tanpa air pepsi.

"Takpe...bukan rezeki kau nak minum pepsi hari ni." Gua kunyah burger zinger dengan hati redha. Minum air kosong pun jadi r.

Friday 11 May 2012

Jujur


"Left uppercut yang padu tepat menghentam dagu Hero. Hero rebah!" Pengulas sukan,Faizal memberi komen.

"1...2...3..." Pengadil mula mengira.

Mata Hero mula layu, semua nampak gelap gelemat. Hero tutup mata....

"Ting!...."

Hero buka mata. Ada bunyi yang mennyedarkannya.

"Mimpi boxing pulak,ganas betul mimpi gua semenjak dua menjak ni. Power..power." Hero duduk sambil mengusap wajahnya.

"Ting!"

"Sape pulak yang sms gua ni?" Hero capai handphone Motorola RAZR model tahun 2008 agaknya.

"Awak, kenapa setiap kali saya sedih, ada problem... Mesti saya cari awak dulu?" Lebih kurang gitu le sms yang makwe ni kasi kat aku.

Gua picit-picit keypad tepon gua yang kadang-kadang agak benak responnya,maklumlah dah pernah masuk air hujan,air basuh tangan,terhempas tu takyah cite le brapa kali.

"Sebab saya bagi jawapan yang pelik tapi masuk akal, mungkin jugak saya tercalon dalam lelaki-lelaki pujaan awak, takpun saya ni badboy dan perempuan memang suka badboy ni." Gitu le jawapan syok sendiri gua reply.

Makwe reply,

"Euwww,perasan...maybe sebab saya lagi percayakan awak dari orang lain."

Hero reply,

"Sebab saya cakap direct tak jaga hati awak. Cakap sesedap hati tapi jujur."

Makwe reply,

"Ya jugak, saya rasa susah couple ni. Banyak nak kena jaga, lagi selesa berkawan."

Hero reply,

Biasala cinta ni memang leceh.

Makwe reply,

"Itulah saya rasa tak best pun cinta,buat serabut kepala je.Saya was was dengan pakwe, dia banyak rahsia tapi dia suruh saya jangan rahsiakan apa-apa dengan dia. Camne tu? Masa mula- mula kawan dulu aman damai je,tak ada nak sakit hati."

Hero reply,

Pesen pakwe psiko ni leceh......

Gua penat dah menaip kat Ipad ni. Gua malas nak cerita panjang2, sms yang lain-lain tu biarlah rahsia macam yang Siti nyanyi tu.

Nota : Gua nak kabor, status gua dengan makwe tu hanyalah kawan, bukan kawan hari-hari lepak sama, bukan kawan karaoke,bukan kawan satu sekolah pun. Senang cerita dah kawan 5 tahun jugak, kongsi macam-macam cerita. Hubungan gua ngan makwe tu lagi best dari hubungan couple yang makwe tu tengah harungi sekarang. Tak payah nak rahsia2 bagai ni.
Privilage gua sebagai kawan dengan makwe ni memang eksklusif gitu.

Jadi sebelum lu orang yang berdarah muda mudi ni nak bertukar status facebook dari friend kepada in relantioship ni....lu orang fikir le masak-masak ye.

Saturday 5 May 2012

Film Review : The Avengers.


Rated: PG-13
Genre
: Superhero, action, adventure
Running Time
: 2 Hours 23 Minutes
Director
: Joss Whedon
Starring: Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Samuel L. Jackson, Tom Hiddleston, Cobie Smulders, Clark Gregg, Stellan Skarsgard, Gwyneth Paltrow
3D or 2D ? The film was converted to 3D in post-production and therefore, the effects are not obvious, even when it is seen at an IMAX cinema. So 2D screening would be best, especially for your pocket.

Ok, gua menaja diri sendiri untuk menonton wayang ini. Syukur ada juga kesempatan nak tengok movie yang obviously mampu menyebabkan gua lupa dunia akhirat selama 2 jam lebih ini,terlebih fokus. Sebagai peminat yang tak berapa fanatik, memang gua lambat pergi tengok movie ini. Pergi tengok malam Jumaat, 3 May. 

Review:

Sebagai sebuah movie yang dinanti-nantikan, The Avengers memuaskan selera aku. Full with awesome kick ass action, mean jokes (lawak sinis@ sarcastic) , visual aspect yang power, some cheesy moment and not to forget some questionable scenes( I'm pretty sure most people noticed.)

Asgardian God, Loki masih dengan isu anak tiri,dibayangi bayang Thor menyebabkan dirinya menjadi seorang villain yang agak psiko dan gilakan perhatian. Loki telah mendapat bantuan dari mahkluk asing untuk memulakan peperangan di Bumi dengan syarat Loki perlu menyerahkan Tesseract ( sebuah kiub misteri yang dipenuhi dengan sumber tenaga tulen yang tidak terhad ) . Tesseract digunakan sebagai pembuka pintu dimensi untuk membawa mahkluk dari galaksi yang jauh ke Bumi dalam sekelip mata. Alat teleportation agaknya.

Direktor SHIELD, Nick Fury mengumpulkan ahli-ahli The Avengers atas misi mendapatkan kembali Tesseract dari Loki.

Dengan bantuan teknologi mahkluk asing dan keupayaan Loki, mendapatkan Tesseract adalah kerja mudah, piece of cake...anyway Loki still lose to The Avengers mainly cause by his big ego, love attention characteristic. A typical loser villain.

“The Iron Man” played by Robert Downey Jr.

Iron Man memberikan perfomance terbaik untuk filem ini, karakter yang paling banyak menyebabkan gua ketawa secara spontan dan respek atas sifat heroic dirinya, Iron Man membawa peluru berpandu dengan nuclear warhead ke dimensi lain lantas berjaya meletupkan kapal angkasa musuh yang berada di dimensi lain.

“The Incredible Hulk” played by Mark Ruffalo and voiced by Lou Ferrigno.

Hulk, karekter kedua terbaik dalam movie The Avengers disebabkan ada satu scene Hulk melibas dan  menghempaskan Loki ke lantai beberapa kali dan mengeluarkan dua patah perkataan,"puny god." Jika ditranslate ke Melayu,"Dewa lembik."
Hulk memang kuat dan mampu berlawan 1 on 1 dengan Thor. Masalahnya Hulk mudah beralih tumpuan.

“Thor” played by Chris Hemsworth.

Hero demi-god ini biasa-biasa sahaja bagi aku. Not much of action especially during the last battle. Considering the fact that Thor is the brother to Loki, aku rasa Thor sepatutnya finish up the battle with Loki instead of Hulk. Masalah Thor, terlalu emosional. Sebagai pewaris takhta Asgard, gua rasa Thor kena bersikap kejam dan bunuh sahaja Loki untuk kesejahteraan alam semesta.

“Black Widow” played by Scarlet Johannsenn.

Satu-satunya heroin yang paling menonjol dalam movie ini. Tak banyak kulit yang terdedah but still able to give out the sexual appeal that most of men will go crazy for it. Banyak hint dalam movie ini yang menguatkan naluri hati gua bahawa akan ada filem spin off menceritakan asal usul Black Widow.

“Captain America”played by Chris Evans.

Captain America....gua kasihan tengok hero ini. Hero paling tak cool bagi gua tapi the best part dia macam ketua kepada The Avengers,giving orders to the rest of the team. Mungkin disebabkan pengalaman semasa zaman perang dahulu menjadikan dia terbiasa memberi arahan dan mampu menganalisa keadaan semasa lantas memikirkan tindakan yang sesuai untuk dilaksanakan.

Karakter-karakter lain, gua malas nak komen. Gua cerita yang power-power sahaja.

The downside of this movie is :

Jika anda tidak pernah menonton filem-filem ini(Thor, Iron Man, Iron Man 2, Captain America: The First Avenger, Hulk, Hulk 2) anda memang akan rasa lost ketika menonton filem The Avengers.
Movie ini mendapat rating PG13, kasihan pada kanak-kanak yang nak tengok hero-hero pujaan mereka. Bukan senang nak ajak ibu bapa atau orang dewasa teman pergi tengok wayang.

Beberapa scene yang pelik bin ajaib antaranya :
Macam mana Captain America boleh jumpa Iron Man dengan Thor ketika mereka berlawan di hutan?  Ada GPS ? atau just berpandukan panahan petir dan laser dari Iron Man sahaja?

Macam mana Captain America boleh arif dengan jalan di Manhattan ? Boleh dia arahkan polis untuk set perimeter yang perlu dijaga. Bukan ke dia tak berminat keluar dari apartmen, just lepak bertinju sahaja

Macam mana Hulk tiba-tiba boleh sampai ke Manhattan,tengah-tengah perang dengan motor ? Senang lenang jumpa team tengah-tengah bandar. Tak nampak Hulk pakai apa-apa alat komunikasi.

Paling tak logik, masa first time dia bertukar Hulk, dia tak boleh kawal diri. Belasah semua orang tapi bila dia bertukar kali kedua, boleh pulak dia fokus serangan pada makhluk asing dan dengar arahan Captain America.

Asgardian dan alien entah dari galaksi mana...mereka semua pandai cakap English. Tak ada pula guna bahasa Alien.

Kali ini tak payah nak tunggu lama-lama sampai habis kredit untuk tengok hidden scenes.
In case anda nak tahu siapa yang beri bantuan kepada Loki, alien apa yang menampilkan senyuman sinis di mid-credit scene....alien tersebut adalah Thanos.

Nampak gayanya lagi 1 atau 2 tahun akan datang, The Avenger 2 akan tiba di pawagam.  

Tuesday 17 January 2012

1 : Aku hero blog ini



Credit


Setahu aku budak-budak new generation sekarang semua ada blog. Aku rasa nak join in the scene. Selama ini asyik baca blog orang lain, jadi dah ada rasa yakin maka aku cuba langkah pertama aku dalam dunia blog ini dengan Blogspot.


Ada orang kata Wordpress lebih professional tapi sebab Blogspot integrate dengan Google, aku secara mutlak pilih Blogspot. Agak ramai blogger Melayu popular dengan Blogspot. Malas nak sebut nama.

Blogspot sekarang dah advance, ada fungsi Threaded Comments ( function yang dah lama ada pada Wordpress) . Senang nak membalas komen orang lain secara spesifik dan teratur.

Buat masa ini aku bermula dengan tanpa identiti, sebab aku rasa banyak kelebihan bila orang tidak tahu siapa aku. Harap-harap orang tak akan judge aku berdasarkan apa-apa pada diriku kecuali jantina sahaja.

Aku tengok banyak blogger old timer yang jadi favourite aku macam dah tak aktif update blog. Orang komen pun makin kurang. Ini cabaran bagi aku.

Maka dengan ini aku harapkan blog ini boleh jadi tempat berkongsi pendapat dan meluaskan/menambahkan relationship secara online sahaja(buat masa ini).